Thursday, 19 May 2016

Jawatan Kosong PERKESO - Mei 2016

Jawatan kosong kerajaan terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bulan Mei 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai :

1. PEGAWAI PENYELIDIK EKUITI GRED 25 (EQUITY ANALYST)

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN :

Calon-calon  bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:

-Memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan atau dalam bidang berkaitan dengan pelaburan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf;
-Memiliki Ijazah Sarjana atau lain-lain kelayakan profesional yang berkaitan seperti Chartered Financial Analyst (CFA) adalah diutamakan;
-Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
-Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa   Inggeris dengan baik;
-Memiliki keterampilan, sifat kepimpinan, bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
-Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai Pegawai Penyelidik Ekuiti .

Jawatan kosong di PERKESO


2. KETUA PELABURAN HARTANAH GRED 27

KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN

Calon- calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:

-Memilki Ijazah dalam bidang berkaitan dengan hartanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf;
-Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
-Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa   Inggeris dengan baik;
-Memiliki keterampilan, sifat kepimpinan, bermotivasi tinggi dan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
-Memiliki kelayakan dan latihan profesional dalam bidang berkaitan hartanah adalah satu kelebihan;
-Mempunyai rekod prestasi yang terbukti melalui transaksi hartanah yang pernah dibuat; dan
-Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman dalam bidang hartanah.

Tarikh tutup permohonan Mei 2016
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Iklan jawatan dan permohonan secara online disini
Advertisement
This Is The Oldest Page
PERINGATAN
Pihak jawatann tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang berkaitan dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan anda dibawah.