Friday, 21 April 2017

Jawatan Kosong Jururawat Gred U29 Terkini April 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini sebagai Jururawat Gred U29 April 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak sebagai :-

1. JURURAWAT U29 (5 KEKOSONGAN)

  • Klinik Nur Sejahtera Kuching – 2 kekosongan
  • Klinik Nur Sejahtera Sibu – 2 Kekosongan
  • Klinik Nur Sejahtera Miri – 1 kekosongan

Tarikh tutup permohonan pada 28 April 2017
Lokasi : LPPKN Negeri Sarawak
Sektor : Kerajaan

jawatan kosong jururawat u29


SYARAT LANTIKAN:
1. JURURAWAT GRED U29 (5 kekosongan)
a) Diploma dalam Bidang Kejururawatan daripada universiti-universiti tempatan dan luar negara
atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan; atau

b) Mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran Pengamalan,

c) Mempunyai Sijil Perakuan Pengamalan Tahunan (APC) yang masih berkuatkuasa dan,

d) Lulus Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh kerajaan;

e) Gaji= RM72.00/sehari (akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas)

CARA MEMOHON:
i. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui
laman web: http://www.lppkn.gov.my
ii. Permohonan perlu disertakan dengan Salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan yang tidak
lengkap atau lewat akan ditolak.
iii. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iv. LPPKN tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temuduga.
v. Sila gunakan borang berasingan jika memohon lebih dari satu jawatan. Tuliskan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat bersaiz A4 dan alamatkan kepada:

Pejabat LPPKN Negeri Sarawak,
Tingkat 3, Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam,
Lot 387, Sublot 16, Seksyen 5,
Wisma Polarwood, Jalan Satok,
93400 Kuching Sarawak.

Tarikh Tutup Permohonan: 28 April 2017 (JUMAAT)

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Puan Azura bt. Hassan atau Encik Gilivary Kiba di
talian 082-411 035

Muat turun iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini
Advertisement
PERINGATAN
Pihak jawatann tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang berkaitan dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan anda dibawah.