Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) - 26 April 2017

Jawatan Kosong Kerajaan Terkini di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) April 2017 . Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Tarikh tutup  permohonan 26 April 2017
Lokasi : Kajang, Selangor
Sektor Pekerjaan :  Kerajaan

Kerja Kosong MPKJ


CARA MEMOHON :-
1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
1 . Salinan Kad Pengenalan.
2 . Sijil Kelahiran.
3 . Sijil-sijil Persekolahan.
4 . Sekeping Gambar Berukuran Pasport.

Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung.

3. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

4. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

5. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

6. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.

7. Permohonan yang TIDAK menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.

8. Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.) 

Iklan jawatan dan syarat permohonan disini
Share
Like this article? Invite your friends to read :D
Post a Comment