Dapatkan info jawatan kosong terkini di Telegram Klik Disini

Temuduga Terbuka PTPTN pada 20 April 2017

TEMUDUGA TERBUKA JAWATAN EKSEKUTIF PEMASARAN LANTIKAN KONTRAK

Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berumur 18 tahun dan kurang daripada 45 tahun pada tarikh temuduga serta berminat untuk menghadiri temuduga terbuka bagi jawatan Eksekutif Pemasaran lantikan kontrak yang akan diadakan pada tarikh/hari, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh / Hari : 20 April 2017 / Khamis
Masa : 08.00 pagi hingga 5.00 petang
(pendaftaran dibuka : 8.00pagi -3.00 petang)
Tempat :
Pejabat PTPTN Negeri (PPN)
WP Kuala Lumpur (Zon Selatan)
Cawangan KLIA 2
Level 3A Mezzanine
Sector 2, Departure Hall, KLIA 2
64000 KLIA,
SELANGOR.

Syarat lantikan adalah seperti berikut :
JAWATAN: EKSEKUTIF PEMASARAN(KONTRAK)
PENEMPATAN :
PEJABAT PTPTN NEGERI (PPN)
WP KUALA LUMPUR (ZON SELATAN)
Akan ditempatkan di cawangan KLIA 2
GAJI DITAWARKAN : RM1,500.00 SEBULAN
INSENTIF: KOMISEN BERDASARKAN PRESTASI



Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Kelulusan akademik sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
  • Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
  • Peramah;
  • Perwatakan menarik dan mesra pelanggan;
  • Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
  • Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
  • Mempunyai kemahiran berunding dan pandai memujuk;
  • Berkebolehan menganalisa dengan baik; dan
  • Mempunyai lesen memandu serta memiliki kenderaan sendiri. (keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai kereta)
Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil yang berkaitan.

Susunan dokumen adalah seperti berikut:-
a)Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b)Salinan Surat Beranak pemohon;
c)Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d)Salinan lesen memandu; dan
e)Lain-lain dokumen sokongan.
Calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN.
CATATAN AM
a)Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dua (2)bulan dari tarikh menghadiri temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
b)Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dihubungi.

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.

Post a Comment

Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.