Wednesday, 18 October 2017

Jawatan Kosong di Balai Seni Negara Oktober 2017

Jawatan kosong terkini di Balai Seni Negara Oktober 2017. Balai Seni Negara, Agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap berdasarkan keperluan seperti berikut:

1. Kurator S41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Kurator S29
4. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
5. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19

Tarikh tutup permohonan pada 27 Oktober 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan Kosong di Balai Seni Negara


CARA MEMOHON

1. Permohonan hendakah dibuat dengan menggunakan BORANG LPSVN1/94 (Pindaan 2013) yang boleh didapati secara percuma daripada Bahagian Khidmat Pengurusan LPSVN atau boleh dimuat turun pada link muat turun dibawah . Borang salinan pendua juga boleh digunakan.

2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil persekolahan dan kelulusan

yang berkelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah disahkan.

3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 30cm. Disudut sebelah kiri sampul hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.


PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:-

i.tidak menggunakan Borang LPSVN 1/94 (Pindaan 2013);
ii.tidak disertakan gambar berukuran pasport;
iii.tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan dan tidak disahkan benar seperti salinan asal;
iv.tidak lengkap dan tidak terang;
v.tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam iklan;
vi.tidak menandatangani borang permohonan.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

(a) Permohonan hendaklah disampaikan kepada;

Ketua Pengarah
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
No.2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan))

Iklan juga syarat-syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Advertisement
PERINGATAN
Pihak jawatann tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang berkaitan dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan anda dibawah.