Dapatkan info jawatan kosong terkini di Telegram Klik Disini

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) Oktober 2017

Jawatan kosong terkini di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), Negeri Pahang Oktober 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), Negeri Pahang sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH):

1. Pembantu Tadbir (KEWANGAN) W19
Jabatan: Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Pahang

Tarikh tutup : 19 Oktober 2017
Lokasi penempatan pekerjaan : Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM), Negeri Pahang
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)


2. Kadar Upah
RM54.00 sehari (waktu bekerja selama sembilan (9) jam sehari, termasuk waktu rehat)

3. Syarat Kelayakan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan yang berikut.

a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 40 tahun pada tarikh tutup tutup permohonan;
c. Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dengan baik;
e. Berkemahiran mengendalikan komputer; dan
f. Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan/ atau bahasa ketiga (seperti Mandarin/ Tamil/ lain-lain).

4. Taraf Jawatan
Tempoh perkhidmatan tidak melebihi tiga (3) bulan. Ketua Jabatan boleh menamatkan perkhidmatan seseorang PSH apabila perkhidmatannya tidak lagi diperlukan walaupun tempoh perkhidmatan PSH berkenaan masih belum tamat.

5. Penaklukan di bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

6. Fungsi Bidang Tugas
Bertanggungjawab melayan pelanggan yang berurusan dengan jabatan secara tertib dan mesra, membuat semakan rekod, memberi penerangan terhadap pertanyaan pelanggan, menjalankan tugas perkeranian, dan menyediakan laporan/ statistik.

7. Tarikh Tutup Permohonan
Semua permohonan hendaklah disampaikan selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2017 (Khamis) jam 5:00 petang. Permohonan yang lewat diterima akan ditolak.

8. Cara Memohon
Pemohon yang berminat boleh memohon dengan mengemukakan dokumen berikut kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Pahang.

a. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap (termasuk gambar pasport). Borang boleh diperolehi daripada pejabat pada waktu bekerja, atau muat turun pada link muat turun borang permohonan dibawah atau menulis kepada Pn Normalina binti Awang Nong, e-mel:
sheina@anm.gov.my ;

b. Résumé;
c. Salinan kad pengenalan;
d. Salinan sijil kelayakan akademik; dan
e. Salinan sijil penyertaan kursus pengendalian komputer, seperti aplikasi produktiviti meja (desktop productivity application), aplikasi pemprosesan perkataan (words processing application), aplikasi pengunyahan nombor (number crunching application) atau seumpamanya, jika ada.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Pahang
Tingkat 1, Wisma Persekutuan
Jalan Gambut
25594 KUANTAN, Pahang
(up: Pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) - Pembantu
Tadbir (Kewangan))

Pertanyaan boleh diajukan kepada Pn Normalina binti Awang Nong, tel: 09-5915000 atau e-mel: sheina@anm.gov.my .

Hanya calon yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Muat turun borang permohonan jawatan disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.