Dapatkan info jawatan kosong terkini di Telegram Klik Disini

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang November 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Kerajaan Negeri Pulau Pinang November 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai:

1. PEMANDU KENDERAAN H11

Tarikh tutup 05 November 2017
Lokasi : Pulau Pinang
Sektor : Kerajaan

Jadual Gaji : RM1,218.00 - RM2,939.00
Kadar Kenaikan Tahunan : RM80


Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Pulau Pinang

SYARAT KELAYAKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
    berikut:
   
   (a) warganegara Malaysia;
   (b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
   (c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
       (ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
      (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

a) Lesen D : RM1,264.15
b) Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
c) Lesen F/H : RM1,356.45
d) Lesen G/I : RM1,402.60

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGASAN

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat menerusi laman sesawang http://e2psm.penang.gov.my/login.php

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.