Dapatkan info jawatan kosong terkini di Telegram Klik Disini

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Oktober 2017

MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA) JAWATAN KOSONG OKTOBER 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan kosong terkini di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai :

1. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
3. AHLI MUZIK B29

Tarikh tutup permohonan pada 25 Oktober 2017
Lokasi : Shah Alam, Selangor.
Sektor : Kerajaan/ Berkanun

Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Oktober 2017


KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

B -​ ​Perkhidmatan Bakat dan Seni
U ​- Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN​

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
  1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
  3. Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
  4. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
  5. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
  6. Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
  7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
​​​PERMOHONAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Seksyen Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 26, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Iklan jawatan dan syarat kelayakan jawatan disini (pdf)

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.