Dapatkan info jawatan kosong terkini di Telegram Klik Disini

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Oktober 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Oktober 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas sebelum tarikh tutup permohonan dan keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebagai:

1. Penolong Pegawai Penilaian W29
2. Pembantu Awam Gred H11

Tarikh tutup : 23 Oktober 2017
Lokasi penempatan pekerjaan : Melaka
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Latarbelakang Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya ini berperanan penting kerana Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka terletak di dalam kawasan pentadbirannya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan kawasan Perbandaran Hang Tuah Jaya ini sebagai kawasan kosmopolitan yang mampu menjana pembangunan pelbagai aspek meliputi Ekonomi, Sosial, Infrastruktur dan Rekreasi menerusi penerapan konsep K-Ekonomi, I-Village, K-Komuniti dan Bandar Siber.

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan berusaha gigih mengurus tadbir dan memastikan Hang Tuah Jaya membangun menjadi sebuah Bandaraya Pintar dari aspek pentadbiran, perkhidmatan dan perekonomian yang ideal untuk belajar, bekerja, mendiami dan berekreasi seiring gagasan 1 Malaysia. Perancangan yang teliti dan bersistematik akan menjadikan kawasan Perbandaran ini kawasan persekitaran yang selamat, kondusif dan dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan penduduknya.

Iklan jawatan dan borang permohonan jawatan disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.