Dapatkan info jawatan kosong terkini di Telegram Klik Disini

Jawatan Kosong Majlis Perubatan Malaysia (MMC) Oktober 2017

Jawatan kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terkini di Majlis Perubatan Malaysia (MMC) Oktober 2017. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan dan berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai:

1. Akauntan Gred WA41
2. Penolong Akauntan Gred W29
3. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
5. Juruteknik Komputer Gred FT19
6. Pegawai Tadbir Gred N41
7. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
8. Pembantu Tadbir Gred N19
9. Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29
10. Setiausaha Pejabat Gred N29
11. Pembantu Operasi Gred N11
12. Pemandu Kenderaan Gred H11

Tarikh tutup permohonan pada 23 Oktober 2017
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

Jawatan kosong terkini di Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

CARA PERMOHONAN

Permohonan jawatan adalah melalui Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati dengan memuat turun pada link muat turun borang permohonan dibawah atau dengan memuat turun dengan datang sendiri dan mengambil borang di pejabat MMC seperti alamat di bawah:

Kaunter Khidmat Pelanggan
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA
Blok B, Aras Bawah
Jalan Cenderasari
50590 KUALA LUMPUR


Sila kemukakan permohonan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA
Blok B, Aras Bawah
Jalan Cenderasari
50590 KUALA LUMPUR


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR .

Setiap borang permohonan jawatan mestilah di sertakan sekeping gambar berukuran pasport, salinan sijil - sijil dan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

a. Kad Pengenalan dan Surat Beranak;
b. Diploma/ Ijazah berserta Transkrip ;
c . Sijil berhenti sekolah;
d . Sijil - sijil seperti PMR, SPM dan STPM; dan
e . Sijil – sijil lain yang berkaitan
f. Permohonan daripada pegawai - pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah disertakan salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.
g. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing - masing.

Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya:

a. Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;
b. Salinan sijil - sijil yang tidak disahkan oleh pegawai yang ditetapkan;
c. Pengisian borang tidak lengkap;
d. Tidak menandatangani borang permohonan; dan
e. Tidak melalui Ketua Jabatan bagi permohonan daripada pegawai - pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Oktober 2017


Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon - pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam ( 6 ) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Iklan jawatan, syarat permohonan dan borang permohonan jawatan disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.