Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan di UiTM Oktober 2017

Jawatan kosong kerajaan terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Oktober 2017. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon - calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang - bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Pentadbiran Harian di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH).

JAWATAN : 1) PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN 
KADAR UPAH : RM 54/hari

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Jawatan Kosong Pegawai Khidmat Pelanggan di UiTM


CARA - CARA MEMBUAT PERMOHONAN

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://johor.uitm.edu.my/v3 atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat. atau pada link muat turun di bawah.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Pemohon - pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2017

Sila kemukakan permohonan kepada:

PEMANGKU TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
KM. 12, JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM


No Tel : +(607) - 935 2020 / 2273 / 2272

Muat turun borang permohonan jawatan disini
Share
Like this article? Invite your friends to read :D