Dapatkan info jawatan kosong terkini di Telegram Klik Disini

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) 11 Mei 2017

Jawatan kosong terkini di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Mei 2017. Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi jawatan-jawatan seperti berikut :-

1. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Tarikh Tutup Permohonan pada 11 Mei 2017
Lokasi : Kelantan
Sektor : Kerajaan

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) 11 Mei 2017


JAWATAN: PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(c ) (i)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,353.00) ; atau

(ii)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,409.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,409.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,465.80).

(v)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19 : RM1,465.80).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :

(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia  atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON :

Permohonan jawatan boleh dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang boleh didapati dari Ibu Pejabat, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Peti Surat 198, Kubang Kerian, 15720 Kota Bharu, Kelantan Atau sila muat turun borang permohonan pada link dibawah.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 MEI 2017 (KHAMIS).

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Pengarah Khidmat Pengurusan
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Peti Surat 198, Kubang Kerian
15720, Kota Bharu
Kelantan.

CATATAN AM :

a. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

b. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

c. Permohonan yang lewat diterima dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

d. Pemohon daripada Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama.

Muat turun borang permohonan disini

About the Author

Menyalurkan info-info jawatan kosong sektor kerajaan dan swasta terkini di Malaysia.
Cookie Consent
We serve cookies on this site to analyze traffic, remember your preferences, and optimize your experience.
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.
AdBlock Detected!
We have detected that you are using adblocking plugin in your browser.
The revenue we earn by the advertisements is used to manage this website, we request you to whitelist our website in your adblocking plugin.
Site is Blocked
Sorry! This site is not available in your country.